fbpx
 

Subsale VS Undercon

Rumah subsale

Rumah subsale ni rumah yang dah siap dan telah atau tidak pernah diduduki. Dalam erti kata lain sudah ada pemilik (samada owner tinggal sendiri, di sewakan atau kosong..) Rumah 2nd hand. Untuk anda membeli rumah subsale ni, anda perlu sediakan tunai.. ya tunai…cash.. gedebuk.. kebiasaannya ejen akan advise pembeli untuk sediakan sekurang-kurangnya 15% dari nilai hartanah tersebut..Pecahan nya:

  • 10% deposit, 3.18% semasa booking (earnest deposit), baki 6.82% semasa tandatangan SPA.
  • 3-5% : legal fee, stamp duty dan lain-lain

Jadi total nak selamat perlu ada 15%…Kalau rumah harga RM100,000.00, perlu sedia lah RM15,000 (secara kasarnya 15%)Kalau RM200,000 >>> RM30,000.00 …begitulah seterusnya. Kalau tak ada tunai sebanyak tu?Jangan bimbang.. kan kerja ejen hartanah ni negotiator.. bolehlah runding dengan pemilik untuk tunggu keluarkan duit EPF.. ya boleh keluarkan.. dengan persetujuan pemilik.. (kalau pemilik sanggup tunggu lah..)Tetapi sekurang-kurangnya perlu sediakan juga lah dalam 5% dari harga jualan..  ini kerana pemilik pun perlu selesaikan tunggakan dan lain-lain bil untuk unit tersebut..Kalau tak ada tunai langsung.. agak susah untuk berunding..Kelebihan rumah subsale:

  • Rumah dah siap (tak ada risiko pemaju lari..)
  • Boleh masuk rumah selepas selesai pindah milik
  • Boleh runding untuk masuk awal (bayar sewa pada pemilik asal selagi belum selesai pindah milik)
  • Boleh sewakan unit selepas selesai pindah milik

Rumah Undercon

Baik…bagi rumah undercon pula.. tak sama macam rumah subsale..Kos untuk miliki pun jauh lebih rendah…Dan ada pakej yang include legal fee dan deposit rendah..Antara pakej  yang pemaju biasa offer (kelebihan..)

  • Free legal fee
  • Free kitchen kabinet
  • Free parking
  • Cash back
  • Rebate seperti diskaun bumi 7%..
  • Dan booking serendah RM1,000 (pun ada..)

Selagi kapasiti loan ada, nak ambil 2 biji sekaligus pun boleh..hehehe..Sebab tak perlu sediakan tunai 15% seperti rumah subsale..Nampak tak?Hanya bayar booking dan submit loan.. kalau lulus proceed.. semua pemaju tanggung (tapi better semak betul-betul pakej di tawarkan..)Bayaran bulanan pula mengikut progress pembinaan unit tersebut.. selepas rumah hampir siap baru perlu bayar full loan installment.Kebanyakan pembeli adalah dari circle investor.. beli 3-4 unit dan bila dapat kunci nanti, harga akan naik..game nya jual kan 2 unit misalnya dan baki unit di sewakan.. hehehCuma.. rumah undercon atau new development ini ada cons dia.. tak adalah semuanya indah belaka..hehe

  • Pertamanya rumah tak boleh diduduki (selagi dalam construction 2-3 tahun)
  • Tak boleh dapat sewa selagi tak dapat kunci (vacant posssesion)
  • Ada risiko pemaju abandon project (projek terbengkalai)