Kredit pada https://ejenhartanahkl.com/
Ramai pemilik hartanah KEDIAMAN beranggapan jumlah yang dikenakan RPGT adalah pada keuntungan kasar dari hasil jualan.
Sebenarnya anggapan ini adalah meleset sama sekali 100%. Malah ada yang membiarkan pengiraan dilakukan oleh peguam tanpa mengira kos – kos yang di benarkan untuk pengecualian.
Pengecualian yang dibenarkan :
🎯 Pelupusan dalam masa atau sebelum tempoh 5 tahun sekali seumur hidup pengecualian RPGT.
🎯 Pelupusan di antara ibubapa dan anak – anak, suami isteri, atuk dan cucu atau sebaliknya.
🎯 Pengecualian Rm10k atau 10% dari keuntungan bersih semasa pengiraan RPGT (mana yang tertinggi).
🎯 Kerugian dari pelupusan hartanah (tiada untung).
.
Manakala kos – kos yang dibenarkan untuk ditolak dari keuntungan jualan adalah :
🎯 Repair dan renovation
– Simpan semua receipt, invoice dan plan untuk lampiran.
🎯 Penambahan premium leasehold
– Contoh ; tambah dari 33 tahun ke 99 tahun. Simpan receipt dan invoice untuk lampiran.
🎯 Kos – kos untuk defend title
Contoh : Mengeluarkan kaveat dari title.
🎯 Real estate agency fee
Jangan takut untuk hire agent. Ini perbelanjaan yang dibenarkan untuk di tolak.
🎯 Surveyor fee.
🎯 Valuer fee.
🎯 Legal fee.
🎯 Accountant fee (jika terlibat).
🎯 Stamp duty.
🎯 Kos pengiklanan untuk mendapatkan pembeli.
.
Transaksi hartanah yang tidak dikenakan RPGT atau tidak tertakluk pada Real Property Tax Act 1976 :
🎯 Pindah milik antara suami isteri
🎯 Pindah milik kepada waris dari si mati.
🎯 Pindah milik dari individu kepada syarikat yang dimiliki.
🎯 Asset digunakan untuk cagaran hutang bank.
🎯 Pengambilan dari kerajaan.
🎯 Pelupusan hartanah untuk kebajikan.
.
Contoh (gambar) di bawah adalah pelupusan yang mengambil kira pengecualian dan tolakan yang di benarkan.
Harga jualan (-) Harga S n p = Untung Kasar.
Untung kasar Rm100k.
Rpgt rate untuk 2 tahun pertama 30%.
Rpgt yang dikenakan cuma Rm3k plus jer.
(JANGAN AMBIL BULAT – BULAT 30% × untung) ini persepsi yang salah.
.
Harga S n p tidak semestinya harga sebenar yang dibeli 😆.
.
Kesimpulannya : Jangan takut untuk dispose property kurang dari 5 tahun. Buat kira – kira dulu dan anggarkan cukai yang perlu dibayar.
Jika berbaloi, why not dispose??