fbpx
 

JOM KETAHUI PROSES PEMBELIAN RUMAH SUBSALE

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Secara asasnya, rumah subsale adalah rumah yang dibeli daripada pihak kedua atau ketiga selepas pihak pemaju asal ataupun dalam bahasa yang lebih mudah, rumah subsale adalah rumah secondhand. Untuk pengetahuan anda bank hanya akan memberikan 90% pinjaman daripada jumlah harga rumah dan selebihnya anda perlu sediakan.

Harga Rumah : RM 200,000
Jumlah Pinjaman yang diluluskan (90%) : RM 180,000
Baki (10%) : RM 20,000

Jadi anda perlu menyediakan RM20,000 untuk bayaran booking kepada peguam / agensi sebagai pemegang amanah dan sekitar 3-5 % anggaran kasar untuk guaman dan Duty Stamp.

Tips:

  1. Elakkan membayar booking kepada pemilik rumah / ejen secara peribadi. Sebaik baiknya bayaran hendaklah dibuat ke agensi hartanah berdaftar atau lantiklah peguam untuk menguruskan bayaran booking anda.
  2. Jumlah 10% yang perlu disediakan boleh dibuat melalui pengeluaran KWSP

1. Lawat dan Periksa

  1. Lawat dan periksa rumah yang hendak dibeli. Pastikan rumah yang hendak dibeli diperiksa terlebih dahulu dan selepas berpuas hati boleh ke proses tandatangan ATP.

Tips:

  1. Jika anda merasakan keadaan rumah banyak yang perlu dibaiki, mintalah ejen hartanah untuk berunding  dengan tuan rumah untuk mengurangkan harga. Mana tahu rezeki dapat kurang RM10 K atau RM20 K kan. Tak salah bertanya.

2. Agreement To Purchase (ATP)

  • ATP adalah borang yang diperlukan untuk membeli rumah. Borang ini menyatakan pembeli dan penjual bersetuju dengan harga dan syarat-syarat lain dalam perjanjian.
  • ATP perlu ditandatangani oleh kedua dua belah pihak iaitu pembeli dan pemilik rumah
  • ATP yang telah ditandatangani digunakan untuk pinjaman perumahan.
  • Ketika menandatangani ATP, anda perlu sediakan bayaran sebanyak 3.18% sebagai booking fees kepada agensi hartanah ataupon peguam sebagai pemegang amanah.
  • Jika anda menggunakan ejen berdaftar, mereka akan menguruskan proses seterusnya dengan pihak bank dan peguam.

3. Pinjaman Perumahan

  • Beberapa dokumen yang terbaru perlu disediakan oleh pembeli di antaranya ialah:
    • Salinan Slip Gaji Terbaru 6 bulan
    • Salinan Penyata Bank (Gaji Masuk)
    • Salinan Kad Pengenalan  Pemohon
    • Salinan Penyata KWSP Terbaru
    • Borang EA (Jika berkenaan)
    • Surat Tawaran Bekerja dari Majikan
  • Pihak bank akan melefon anda untuk membuat sedikit pengesahan dokumen.
  • Proses kelulusan bank mengambil masa sekurang kurang 14 hari. Tetapi ada sesetengah bank tidak sampai seminggu sudah dapat keputusan.
  • Jika Pinjaman Perumahan telah lulus, Pihak bank akan panggil anda ke pejabat mereka untuk menerangkan berkenaan pinjaman ini sebelum tandatangani surat tawaran.

Tips:

  1. Anda boleh bertanyakan kepada pihak bank berapa interest (%) yang akan dikenakan oleh mereka untuk pinjaman perumahan. Cubalah pujuk bank untuk bagi rate yang terendah mana tahu dapat.
    1. Tunggu tawaran terbaik dari bank bank yang menefon anda sebelum membuat keputusan.
  • Perjanjian Jual Beli ( S&P)
  • Sales & Agreement purchase (S&P) ialah dokumen perundangan yang dimeterai dan dipersetuhui kedua dua pihak iaitu pembeli dan penjual yang mengatakan anda telah membeli rumah tersebut dan perlu ditandatangi di pejabat penguam yang dilantik.
  • Kedua dua pemilik rumah dan pembeli perlu hadir untuk tandatangi S&P.
  • Ketika ini, anda perlu menyediakan bayaran baki 6.82% kepada agensi hartanah / peguam sebagai pemegang amanah.

Tips:

  1. Kadang kala agar sukar untuk menyediakan wang deposit 6.82%. cuba berbincang dengan ejen yang anda lantik, kemungkinan ajen tersebut boleh berbincang dengan pemilik rumah untuk membuat bayaran secara berperingkat ataupun melalui pinjaman KWSP.
  2. S&P boleh digunakan sebagai dokumen untuk pengeluaran KWSP
  3. Bayaran lain-lain ialah kos guaman dan Duty Stamp anggaran 3-5% dari harga jualan rumah.
  • Urusan dengan Pihak Berwajib
  • Peguam yang dilantik akan uruskan berkenaan proses tukar nama dari badan badan terlibat antaranya Pejabat Tanah, Majlis Daerah dan lain lain lagi.
  • Proses ini bergantung kepada jenis rumah dan status rumah dan sejauh mana rumit pindah milik tersebut.
  • Hartanah jenis Freehold / Strata Title mengambil masa 90 hari waktu bekerja untuk dapatkan pindah milik selepas perjanjian jual beli.
  • Manakala hartanah jenis Leasehold/ Master Title proses agak rumit dan mengambil masa sehingga 6-7 bulan selepas perjanjian jual beli kerana perlu menunggu pengesahan pihak berwajib.
  • Kebiasaanya peguam akan sentiasa memaklumkan proses terkini kepada pembeli.

5.Disbursement

  • Disbursement ataupun pembayaran wang dari pihak bank merupakan proses terakhir sebelum anda mendapat kunci.
  • Setelah mendapat kunci, anda sebagai pemilik baru, akan melakukan pindah milik nama untuk utiliti seperti TNB, Bekalan Air dan sebagainya keatas nama anda.