fbpx
 

Skim Rumah Pertama dengan Bantuan 100% Pinjaman Kewangan

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Syarat Syarat SRP

1. Pembeli Rumah Pertama
2. Bujang atau Berkahwin
3. Gaji tidak melebihi RM5,000
4. Joint Application Gaji RM5,000 + RM5,000
5. Jika berkahwin, apply 1 nama sahaja Gaji tidak melebihi RM5,000
6. CCRIS kene cun melecun
7. Rumah untuk di diami sahaja (Own Stay)
8. Harga rumah tidak melebihi RM500,000
9. Komitmen tidak melebihi 60% daripada gaji bersih (termasuk instalment rumah yang nak di beli)
10. Pekerja Kerajaan atau Swasta, Tetap atau Kontrak
11. MRTT/MRTA compulsory (mengikut Bank)
12. Rumah Undercon/Subsales/Lelong

Antara soalan soalan berkaitan SRP

Q1. Kalau Suami Gaji RM6,000 Isteri Gaji RM3,500 layak tak?
A1. Tidak layak. Gaji maksima RM5,000 seorang dan RM10,000 kalau combine (RM5,000 + RM5,000)

Q2. Kalau Suami dah ada rumah, isteri belum ada rumah, boleh apply skim ni tak?
A2. Kalau nama isteri sahaja boleh takde masalah, dengan syarat COMBINE gaji tidak melebihi RM5,000.

Q3. Kalau nak apply 1 nama suami sahaja isteri perlu submit dokumen juga?
A3. Yes, sebab nak tengok combine gaji tidak melebihi RM5,000

Q4. Jika Isteri tidak bekerja?
A5. Boleh as long as gaji suami tidak lebih RM5,000 dan suami.perlu sign declaration form mengatakan isteri tidak bekerja

Q5. Rumah lelong pun boleh? Macam mana dengan 5% atau 10% bidding?
A5. Yes boleh. Bagi rumah lelong deposit perlu di sediakan. Akan di pulangkan selepas fully disbursed.

Q6. Perlu ke kita bagi booking fee dan deposit kepada owner kalau beli rumah subsales?
A6. Yes, sekiranya kita beli melalui agent.. booking fee kepada agent kita bayar macam biasa, whereby the balance 6.82% atas budi bicara tuan rumah.. kalau tuan rumah minta, kita kena sediakan macam biasa.. 10% tu akan di pulangkan selepas fully disburse.. kalau tuan rumah ok, kita hanya perlu sediakan booking fee 3.18%

Q7. Kalau saya self employed boleh apply tak?
A7. Boleh provided salary per annum tak boleh more than RM60,000 (Income Tax declaration)
.

Kami akan bantu uruskan sehingga anda berjaya mendapatkan kunci rumah baru anda.
.
Credit to :
Sifu Hartanah Tuan Ahyat Ishak