fbpx
 

5 TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN PERUMAHAN

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

1. Pekerjaan Tetap dan Stabil

  • Sebelum memiliki dan bercadang untuk memiliki rumah , anda haruslah mempunyai pekerjaan tetap dan stabil. Ini kerana bank akan menilai kestabilan kewangan anda melalui status pekerjaan.
  • Biasanya jika anda bekerja di sektor swasta , dalam tempoh 3 – 6 bulan anda sudah dapat status pekerjaan tetap.
  • Jika sektor kerajaan sesungguhnya anda beruntung kerana bank amat mudah meluluskan pinjaman anda

2. KWSP

  • Selain daripada gaji bulanan, KWSP juga penting untuk memastikan pinjaman anda diluluskan. Pastikan anda menyemak dan memastikan majikan anda mencarum tepat pada masanya. Jika tidak bank mungkin menganggap majikan anda tidak stabil dan menyukarkan untuk pihak bank meluluskan pinjaman.

3. CCRIS / CTOS

  • CCRIS merupakan sistem yang mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan peserta dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan peserta.
  • CCRIS akan digunakan oleh institusi perbankan untuk memeriksa sejarah kredit bakal peminjam dan memastikan peminjam bukan dalam kategori “Black List”.
  • Maklumat yang terdapat dalam laporan CCRIS ialah
    • Pinjaman Perumahan
    • Sewa Beli (Kereta/ motosikal/ etc)
    • Kredit Kad
    • Pinjaman Peribadi
    • Pinjaman PTPTN
  • CTOS pula merupakan syarikat yang menyediakan laporan kredit dan diguna pakai oleh institusi kewangan untuk menentukan kelayakan kredit pemohon.
  • Maklumat yang terdapat dalam CTOS ialah:
    • Jabatab Pendaftaran Negara
    • Jabatab Insolvensi Malaysia
    • Suruhanjaya Syarikat Malaysia
    • Penerbitan Prosiding Undang Undang, Maluman di akhbar dan warta kerajaan.
  • Jika anda bercadang untuk membuat pinjaman perumahan dalam masa terdekat, pastikan segala pinjaman anda dijelaskan tepat pada masanya untuk mengelakan permohanan pinjaman anda ditolak.

4. Buat Simpanan Perumahan.

  • Anda harus beringat, walaupun ada bank menyediakan pinjaman 100% untuk rumah “undercon” anda juga harus membuat simpanan untuk bayaran bayaran lain sebelum anda mendapat rumah idaman anda.

5. Sediakan Dokumen Sokongan

  • Langkah terakhir sebelum membeli rumah ialah anda perlu lengkapkan beberapa dokumen sokongan untuk pinjaman perumahan. Dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman ialah:
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Surat Akaun bekerja
    • Salinan Gaji 3/ 6 Bulan Terkini
    • Salinan Penyata Bank 3/ 6 Bulan Terkini
    • Salinan Penyata KWSP terkini
    • Borang EA (Jika Berkaitan)

Senang saja nak pastikan pinjaman perumahan anda lulus. Jika memerlukan khidmat nasihat berkaitan hartanah boleh hubungi kami di www.hartanahexpress.com. Kami akan cuba membantu anda untuk mendapatkan hartanah anda.